Apabila aku terima panggilan dari Zaid Amir dan dia meminta pendapat aku,
aku sedikit terkejut.
Dia bukan selalu minta pendapat orang.
Mungkin aku sudah berada di tingkat percaya dia yang agak tinggi? (perasan)
Don't assume. You'll get hurt or you will hurt someone.
Apa pun, tak dinafikan, aku memang sayangkan dia.
Showing posts with label Zaid Amir. Show all posts
Showing posts with label Zaid Amir. Show all posts
Monday, 1 July 2013
Wednesday, 19 June 2013
"Kau Sorang Je Faham Aku"
Mesej yang aku terima awal Jun itu membuatkan aku tersenyum. Zaid. Zaid.
Perilakunya memang sukar difahami orang. Berbeza dengan sesetengah orang yang merancang segala butir-butir kehidupan, Zaid lebih impulsif. Selalunya, keputusan dia menyebabkan kejutan. Tiba-tiba. Tak sangka.
Justeru, ramai yang lebih selesa menutup mata. Biarkan dia.
Zaid di mata aku; dia seorang yang tabah. Kreatif. Bijak mencari jalan dan peluang. Cuma entah, mungkin dugaan hidup yang direncanakan untuknya jauh lebih besar dari jalan hidup aku.
Sejak meningkat dewasa, aku selalu cuba memahami orang di sekeliling aku. Aku selalu mencari punca. Sebabnya apa? Kenapa jalan itu yang dipilih sedangkan ada jalan yang seakan lebih mudah?
Seperti puzzle atau soalan uji minda, aku cuba selesaikan.
Banyak juga persoalan yang terbiar tanpa jawapan. Mungkin aku akan temui jawapan itu satu hari nanti.
Ah, dunia memang penuh dengan persoalan.
Bagi aku, mereka bukan tidak mahu memahami. Seperti aku, mereka juga cuba faham. Dan mereka juga bukan tidak peduli. Mereka cuma diselubungi kabus tebal tanpa sinaran matahari yang mampu tembusi kabus itu. Dan mereka cuma kurang sesuatu; iaitu percaya.
Kerana aku percaya, barulah aku boleh memahami.
Tuesday, 6 November 2012
Teguh
Yang jadi penguat dirinya bukan hati.
Kerna hatinya sudah hancur beribu kali.
Yang jadi penguat dirinya adalah percaya.
Percaya walau tidak zahir pada mata.
Percaya tiada belah bahaginya.
Yang jadi penguat dirinya itu keluarga.
Walau tersisih beribu batunya.
Walau luka pernah terbit akibat mereka.
Yang jadi penguat dirinya adalah ingatan.
Terhadap memori indah.
Walau memori kelam selalu mengintai.
Yang jadi penguat dirinya adalah mereka yang sayangi dia.
Walau dipinggir manusia, tidak dipinggir manusia.
Yang jadi penguat dirinya, dia.
Kerna dia bukan mudah tunduk pada tohmah dunia.
Apatah lagi rebah pada gelak-tawa boneka yang sangka mereka menang sudah di tangan.
Kerna hatinya sudah hancur beribu kali.
Yang jadi penguat dirinya adalah percaya.
Percaya walau tidak zahir pada mata.
Percaya tiada belah bahaginya.
Yang jadi penguat dirinya itu keluarga.
Walau tersisih beribu batunya.
Walau luka pernah terbit akibat mereka.
Yang jadi penguat dirinya adalah ingatan.
Terhadap memori indah.
Walau memori kelam selalu mengintai.
Yang jadi penguat dirinya adalah mereka yang sayangi dia.
Walau dipinggir manusia, tidak dipinggir manusia.
Yang jadi penguat dirinya, dia.
Kerna dia bukan mudah tunduk pada tohmah dunia.
Apatah lagi rebah pada gelak-tawa boneka yang sangka mereka menang sudah di tangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)