Saturday 31 August 2013

Merdeka? Tahi.

Tanggal merdeka disambut dengan berhimpit-himpit lelaki dan perempuan, menanti saat kiraan countdown dan jeritan "Merdeka!" "Merdeka!" "Merdeka!".

Sambil tangan si jantan melebar ke tubuh perempuan-perempuan yang haram mereka sentuh, tangan si perempuan turun ke celahan peha lelaki.

Pelukan semakin kuat diselang-selikan dengan cumbuan di khalayak ramai. Tiada siapa peduli, MERDEKA kata mereka. Bebas.

Berapa ramai dara yang kecundang, jantan yang melebar senyumnya selepas merdeka, Tuhan saja tahu.

Atas nama merdeka, semuanya boleh.

Ya, Malaysia Boleh.

Malaysia Merdeka.

Kahkahkahkahkah.

TAHI.

Friday 16 August 2013

Kesibukan Melanda

Sekarang ni cukup susah cari masa untuk diri sendiri.

Tamat waktu bekerja, menunggu dijemput, balik rumah sudah penat yang amat.

Kasihan juga pada suami kalau tak merasa masakan isteri.

Kadang-kadang gagahkan juga demi dia.

Dan demi keluarga baru.

Aku rasa semakin cepat letih. Semakin tua mungkin?