Monday 31 December 2012

2012

Hari ni ramai betul yang buat entri pasal azam.
Fenomena setiap tahun.

Aku terkecuali.
Bukan nak jadi hipster, melawan arus mainstream kata budak-budak twitter,
tapi itu bukan aku.

Notaantaraaksara : Mungkin sebab azam aku tak pernah complete kot. LOL.

Saturday 29 December 2012

In My Mind

I've been having these thoughts that I can't put in words.

Why I sit in front of the computer, the thought's gone.

When I'm away, I feel like writing.

Whatever it is, this feeling sucks.

Friday 28 December 2012

Usia

Sehari demi sehari, dalam sedar mahupun tanpa sedar, kita semakin tua. Tua sehari, lama-lama makan tahun juga, kan?

*maki dalam hati*

Tuesday 18 December 2012

Benci, Cinta Dan Rasa

Hari ini aku mahu bercerita tentang benci.
Kita semua punya perasaan - cinta, benci, suka, namakan sahaja. Kita ada rasa, kerana kita manusia.

Ada orang kata, lebih mudah suka dari benci.
Tapi ada juga yang kata, lebih mudah benci dari suka.

Aku lebih setuju dengan yang kedua. Pada aku, benci itu lebih mudah dari suka. Sebab yang buruk lebih mudah di'tangkap' mata kasar. Perilaku buruk impaknya lebih besar dari yang baik.

Ambil sahaja contoh mudah. Jika seseorang itu pernah mencuri dan kantoi, walau hanya sekali, sampai mati hal itu akan jadi bahan umpatan. Jika berbuat baik pula, menderma (banyak) contohnya, mungkin buat beberapa ketika, akan jadi bahan bual sambil mengopi. Selang beberapa lama, khabar hilang.

Mungkin kerana sikap kita, lebih suka fokus kepada negatif.
Ah, si polan itu begitu, begini.
Ah, sekurang-kurangnya aku tidaklah teruk macam si polan, si polan. Dia tu begitu, begini.
Aku pernah bencikan seseorang dengan darjah kebencian tertinggi.
Aku cukup tidak suka dia.
Semua yang dia buat, nampak buruk di mata aku.
Selama bertahun-tahun, aku benci dia.
Selalu, kerana sakit hati dan stress, aku cari jalan keluar.
Akhirnya, menyakitkan diri sendiri. (Hampir) memusnahkan diri sendiri.
Kerana benci - ia adalah satu rasa yang seperti racun, walaupun bukan membenci diri sendiri, racun yang dikandung hati tetap menular, merosakkan hati sendiri.
Sehingga lah suatu waktu, syukur, aku ditunjukkan cahaya.
Aku rasa aku kejam.
Sepatutnya benci itu aku cantas. Tapi aku semai.
Dan aku salahkan dia.

Tapi ternyata aku salah.
Ya, mungkin dia bersalah.
Tapi aku juga turut bersalah. Malah aku lebih besar salahnya.
Siapa yang mengajar aku kebencian?
Tiada siapa.
Siapa pernah mengajar aku kemaafan?
Ramai.
Jadi kenapa aku membenci?
Mungkin buat ketika itu, itu solusi paling mudah. Solusi terbaik - lari dari masalah.

Ternyata,
Benci itu lemas dan melemaskan.
Kasih sayang itu indah. Manis walau tidak mampu dirasa oleh lidah. 
Kasih sayang itu hangat.

Hari ini aku masih cuba membuang semua sisa-sisa benci yang pernah terpahat dalam hati. Percayalah, sayang ini seribu kali lebih indah dari benci. Aku rasa lebih tenang, lebih bahagia. 

Syukur, Tuhan masih sayangkan aku.
Dia beri aku ruang.
Dia tunjukkan jalan.
Dia buka mata untuk aku lihat dari sudut berbeza.
Sudut yang dahulunya sering dikaburi benci.

Semua manusia, tidak ada yang tiada cacat celanya. Ya, kadang kala, seseorang itu buat kita rasa lemas, menyampah, tapi kita tidak boleh menolak mereka dan berkata, kau ni tiada guna. 
Besar harapan aku, agar kita semua boleh merasai bahagia yang aku rasa - setelah aku buang benci dari jiwa.

Notaantaraaksara : Kemaafan itu bukan sesuatu yang mudah diberi seperti tabur janji tapi ganjaran beri maaf itu tak ternilai harganya. 

Notaantaraaksara 2 : Aku masih dalam proses mencuba sehabis daya memaafkan dan membuang benci terhadap orang-orang yang cukup menyakitkan aku. 

Friday 14 December 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Akibat blogwalking,
terjumpa contest kat blog Lanun Ranggi ni.

Sesiapa yang berminat boleh join di sini. *klik banner di bawah*



Satu peserta, satu penyertaan je tau, so do your best!

(Jadahnya promote macam ada follower. Ok ciao!)



Hopefully menang.
I like that mug so much!

Thursday 13 December 2012

Thoughtful Thursday 05


Thoughtful Thursday is a segment whereby I will upload 
inspiring quotes or funny/sarcastic jokes 
(read : anything that interests me) in form of pictures.
Since I can't post picture that has words in it for 
Wordless Wednesday, so, here it goes - Thoughtful Thursday!
(or so-called Thoughtful)
Hiks!


Will you be?
I know A LOT of people who will.

Wednesday 12 December 2012

Diam

"Diam tidak bermakna lupa. Diam biar hati bicara dalam diri,"

Tuesday 11 December 2012

Pelacur Perhatian

Attention whore.
Pelacur perhatian.

Walaupun aku suka juga guna perkataan 'pelacur perhatian' ni, tapi bila fikir semula,
Mana logiknya?

Seseorang yang digelar pelacur atau sex worker itu sememangnya sering kita hulurkan wang sebagai bayaran servis mereka.
Lalu, manusia yang dilabel pelacur perhatian ini, adakah kita bayar untuk kita berikan perhatian padanya, atau adakah dia bayar untuk kita berikan perhatian padanya?
Tidak, bukan?

Jadi mengapa kita panggil mereka pelacur perhatian?

Urbanisasikah?

Monday 10 December 2012

Khianat

Kau tahu sakitnya dikhianati tu macam mana?

Macam kena tikam bertubi-tubi tanpa sempat minta tolong,
kemudian seluruh inci kulit kau disiat-siat.

Ya, mati.
Rasanya macam mati.
Walau nafas masih bersisa.

Friday 7 December 2012

Lari Bawa Diri

Kali ini aku cukup hairan. Bingung.
Since when PMS (Pre-Menstrual Syndome) switched to Post-Mentrual Syndrome.

Kali ini aku tidak boleh salahkan hormon yang bergelora.
Kali ini, hati yang sakit tak boleh aku salahkan mana-mana jiwa.

Maka,
Hari ini,
Aku mahu berpergian.
Jauh ke selatan Malaysia.
Mungkin aku perlu campakkan duka ini ke lautan sana.
Biar duka sampai ke Singapura.
Dan tidak kembali pada hati.

Nian di hati entah bila bakal sembuhnya.
Bukan aku mahu larikan diri.
Tetapi perasaan minta ruang sendiri.

Sudut hati aku yang lain,
Aku cukup kasihan dengan dia yang sedaya upaya dia cuba gembirakan hati aku yang lukanya ditoreh orang lain.

Beri aku masa.
Parut yang berkali-kali dilukakan,
Semakin lama, semakin sukar sembuhnya.

Izinkan aku,
Bawa diri yang lara.
Ke negeri yang sama,
Abah bawa diri ketika lara dia.

Izinkan aku,
Tenangkan jiwa.
Dan cuba semai kemaafan walau ungkapnya lebih mudah dari buatnya.

Izinkan aku,
Ah, aku tetap akan berpergian juga.

Harap aku,
Izin akan diberi,
Supaya aku tidak perlu bergaduh demi capai izin aku,
Supaya aku tak perlu tambah garam pada luka itu.

Monday 3 December 2012

Hope

Harapan yang tinggi ni harapnya tercapai.
Please.

Jangan terlalu kejam dengan aku.

Jaya,
sila jangan nakal dan biarkan aku genggam kamu.

Saturday 1 December 2012

Rebellion Years

I have this feeling that I have done rebelling. 
Rebellion does not fit me anymore. It doesn't suit me anymore though to me, my age is still acceptable for some degree of rebellion. Hiks!

I always have this liking of mixing with people older than me (which I always presume more mature but not necessarily mature actually). In some way, it makes me more mature compared to my actual age and given time, I feel the crowd my age are pretty much boring and immature and annoying and really focus on unimportant things. (Okay I know my grammar is pretty much kill-me-now grammar because I put too many 'and' - I did it on purpose. Hiks!)

Consequently, when I see these older people than me - means 24 y/o and above who has not done rebelling, some part of me says "what the eff?," (or in Malay apa celop - LOL) but some part of me feels sad. I feel sad because I feel that I've been there, rebelling I mean. I did stuffs that I'm not very proud of (which I was very proud of at that moment), pretty much all the silly stuffs you could get yourself into and reality hit me hard. And as much as I don't wanna regret things, I have to admit, sometimes I do, these things hurt me.

What hurts more, actually, is the thought that I cannot do anything. Because yeah, during these rebellion years, we usually listen to no one and even if we are listening, we are listening to the wrong people.
People who says "fuck the world or fuck everyone else, this is your life not theirs" kinda people are most likely we take advice on these rebellion years.

The only thing I could do is pray (since I'm a believer. For a non-believer, seriously, I don't know what they'll do). And hope for the best. I can't engage much into their life (who am I, really?). Oh my, I am deeply concerned. Because I care but I know I'm no hero.

**sigh