Tuesday 26 February 2013

Penulisan

Seseorang pernah berpesan kepada seseorang yang sangat signifikan dalam hidup aku.

Kata lelaki bijak tersebut,

"You can write. You can write about anything, but remember, you are responsible for it,"

Lelaki bijak itu, seluruh hidupnya dipenuhi dengan tulisan.

Kata dia,
Dulu, waktu muda-muda memang seronok menulis. Apa rasa hati, tulis. Biar lucah sikit, tak apa. Biar nampak sikap tak senonoh pun, tak apa. Tunjuk gangster, sikap tak beradap, tak apa. Ini semua realiti apa?

Tapi kini, setelah usia memamah tulang empat kerat, setelah pelbagai onak duri ditempuh, dia berkata pula;

"Kalau menulis tu, ada baiknya kalau ada pedoman, ada nilai yang nak diterap. Cerita benda-benda tak elok, kita tak tahu siapa yang akan ikut. Entah yang baca tu selangkah lagi dari kejahatan dan simpulan syaitan, ajakan nafsu, siapa tahu?,"

"Kalau menulis tu, tulislah sesuatu yang bermakna. Dan tanggungjawab di atas bahu kamu,"

**Cerita yang diolah dari perbualan yang di antara dua penulis.
Disclaimer : Struktur ayat dan kata-kata mungkin tidak seratus peratus sama, maaf, minda saya tidak ada memori serupa video kamera,"

Monday 25 February 2013

Judge

Senang kan nak judge orang?
 Dia ni macam *********************

Sedangkan kalau beri cermin dan ulang tayang masa silam,
Kau pun sama.

Walaupun dah berubah, jangan sangka kau lebih baik dari dia.

Monday 18 February 2013

Drama Dan Realiti

Saat bila benda-benda dilakon layarkan di kaca televisyen dan teater terjadi pada kau.
Rasa terhantuk dan tak percaya.
Rasa macam mahu tidur dan bangun dengan semalam yang indah.

Ha~

Baru tahu sakit, kan?




Saturday 16 February 2013

Twitter - Dari Kaca Mata Aku

Pernah satu ketika dalam hidup aku, rasa tak lengkap kalau tak tengok twitter.
Layan tweeps-tweeps macam kawan sedangkan tak pernah pun jumpa in real life.
Aku tak nak komen pasal tu. Itu terpulang.

Twitter ni (pada aku) medium yang senyap tapi bingit.
Senyap sebab kalau orang marah2 pun, kau tak dengar jerit-pekik dia. Paling-paling pun kau bayang dia jerit sebab dia guna caps lock atau tweet "*jerit".
Tapi bingit ya amat hoi. Macam-macam pendapat, suara hati, keluh-kesah. Meroyan sana, meroyan sini. Bash sana, bash sini.

Sekarang, yang aku buat bila buka twitter - baca, baca, baca. Nak nak komen sesuatu, tapi malas nak tweet. Rasa macam no use. Kalau kebosanan yang amat sangat atau ada kawan2 kat timeline yang aku nak kacau, baru tweet.

Dan dalam 'kesenyapan' ni, aku temui hikmah.
Kenapa kita ada suara hati - kenapa kita sorang je dengar suara hati kita.
Sesetengah orang semua benda yang terlintas di fikiran nak tweet (pandai koranglah kan).

Contoh : 

A : Woi, jaga la anak kau tu elok-elok. Bingit telinga aku dengar dia nangis. Aku datang sini nak makan, bukan nak dengar anak kau nangis!

Maka follower-follower pun anggap, "ish, teruknya dia ni. Tunggu la nanti bila dah ada anak sendiri,"

Sedangkan mungkin hari tu si A baru lepas break-up dan fikirannya runsing.

Ah, lintasan-lintasan hati. Tipulah kalau korang cakap semua yang terlintas di hati baik-baik sentiasa. 

Entah. Makin hari aku makin jelak.

Ke perasaan aku je?

Friday 15 February 2013

Kemungkaran Depan Mata

Pesan ustaz yang merupakan petikan hadis sahih Riwayat Muslim, (paraphrased)
Kalau nampak kemungkaran di depan mata, maka cegahlah dengan tangan.
Kalau tak mampu, tegah dengan lidah (bermaksud: tegur),
Dan kalau tak mampu juga, tegahlah dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman.

Persoalan ini aku utarakan kepada seorang ustaz itu hari.
Pesan dia sama.
Dan tambah dia lagi, doakan lah untuk yang berkenaan semoga diberikan hidayah oleh Allah.

Hmmmmmmmmmmm.
*fikir panjang.

Setakat ini,
kebanyakan kemungkaran yang berlaku depan mata aku,
aku hanya boleh lawan dengan selemah-lemah iman.

Aku patut malu dengan Tuhan.

Friday 8 February 2013

Banyak Fikir

Bila terlalu banyak benda di fikiran,
Tulisan aku beku di situ.

Sebab banyak benda di fikiran.

Friday 1 February 2013

Thoughtful Thursday 09


Thoughtful Thursday is a segment whereby I will upload 
inspiring quotes or funny/sarcastic jokes 
(read : anything that interests me) in form of pictures.
Since I can't post picture that has words in it for 
Wordless Wednesday, so, here it goes - Thoughtful Thursday!
(or so-called Thoughtful)
Hiks!