Sunday 30 June 2013

Dah Tua

Bila kadang-kadang kau rasa kau takut nak cakap kau takkan buat sesuatu sebab sejarah hidup telah membuktikan kau buat apa yang kau pernah kata kau takkan buat,
itu tandanya kau semakin lanjut usia.

Cis.

Notaantaraaksara : Dulu aku cakap aku takkan pakai make-up, tapi sekarang~

Kbye.

Saturday 29 June 2013

Ibu

Tadi aku melihat senyuman terukir di bibir ibu.
Manis.

Ada muzik bermain-main di jiwa.

Friday 28 June 2013

Tentang Ajal

Bercakap tentang ajal, banyak contoh yang boleh kita lihat hari-hari. Bukti ajal menjemput tanpa mengira usia. Bukan dah tua baru boleh mati. Bila-bila masa je, kalau dah sampai ajal, tak kira semasa tengah buat apa sekalipun, kita akan mati.

Dalam 'keluarga' kucing aku, yang masih hidup bersama kami ada dua ekor. Black dan juga Wana. Dah lama juga Wana sakit, diserang virus, mungkin. Badannya luka-luka dan merebak tanpa tanda-tanda mahu sembuh. Disebabkan kekangan kewangan, kami tak bawa dia jumpa veterinar. Kami cuma membeli ubat-ubat luka yang diharap mampu membantu merawat Wana.

Suatu hari, adik aku memjumpai Black - mati. Sedih gila. Black tak ada apa-apa tanda sakit pun, tiba-tiba 'pergi'. Cuma dia agak senyap beberapa hari sebelum. Mak cakap, dia demam. Tapi tak teruk pun. Mungkin sudah tiba 'masa' dia, dia dijemput pergi.

Sungguh tak disangka. Ingatkan Wana yang akan mati dulu sebab dia sakit teruk. Tak lama lepas Black mati, Wana mula menampakkan tanda-tanda mahu sembuh. Ubat yang mak beli atas saranan kakak ipar aku membuahkan hasil. Luka-luka semakin tertutup. Aku baru je bermain-main dengan Wana, cakap dengan dia, cepat-cepat sembuh. Dia pun dah pandai bermanja-manja dengan suami aku. Pelik juga, suami yang jarang bermain-main dengan kucing sibuk membelai Wana waktu kami singgah ke rumah mak. Tahu-tahu, keesokan harinya, Wana mati dilanggar kereta jiran.

Mak telefon aku sambil menangis-nangis. Butir bicara dia tak jelas sebab bercakap sambil menangis. Kata mak, Wana mati kena langgar. Sedih betul. Padahal, Wana jarang keluar rumah. Kalau keluar pun, tak lama, dia akan balik semula.

Bila difikirkan semula, dah sampai ajal dia. Cuma terkilan sebab dia dah semakin sihat, ingatkan dia akan lama lagi dengan famili.

Tak boleh diduga langsung perihal kematian ni. Ingatkan sihat walafiat, lama lagi di dunia. Dalam sekelip mata boleh dibawa pergi. 

*sigh.

Harap-harap kematian aku dan seluruh isi keluarga akan pergi dengan husnul khatimah.

Notaantaraaksara : Sebenarnya aku rindu kat Wana. Hmmm~

Wednesday 19 June 2013

"Kau Sorang Je Faham Aku"

Mesej yang aku terima awal Jun itu membuatkan aku tersenyum. Zaid. Zaid.

Perilakunya memang sukar difahami orang. Berbeza dengan sesetengah orang yang merancang segala butir-butir kehidupan, Zaid lebih impulsif. Selalunya, keputusan dia menyebabkan kejutan. Tiba-tiba. Tak sangka.
Justeru, ramai yang lebih selesa menutup mata. Biarkan dia.

Zaid di mata aku; dia seorang yang tabah. Kreatif. Bijak mencari jalan dan peluang. Cuma entah, mungkin dugaan hidup yang direncanakan untuknya jauh lebih besar dari jalan hidup aku. 

Sejak meningkat dewasa, aku selalu cuba memahami orang di sekeliling aku. Aku selalu mencari punca. Sebabnya apa? Kenapa jalan itu yang dipilih sedangkan ada jalan yang seakan lebih mudah?
Seperti puzzle atau soalan uji minda, aku cuba selesaikan.
Banyak juga persoalan yang terbiar tanpa jawapan. Mungkin aku akan temui jawapan itu satu hari nanti.
Ah, dunia memang penuh dengan persoalan.

Bagi aku, mereka bukan tidak mahu memahami. Seperti aku, mereka juga cuba faham. Dan mereka juga bukan tidak peduli. Mereka cuma diselubungi kabus tebal tanpa sinaran matahari yang mampu tembusi kabus itu. Dan mereka cuma kurang sesuatu; iaitu percaya.

Kerana aku percaya, barulah aku boleh memahami.


Monday 17 June 2013

Renovation

Kalau siap pada masanya, aku masih ada tiga minggu.

Tiga minggu untuk menghadap bunyi-bunyi bising dan dikelilingi buruh-buruh kasar.
Rasa sedikit lemas dengan kehadiran orang asing.
Seolah terkurung walaupun tidak terkunci.
Keselesaan ditarik perlahan.

Semoga siap pada masanya.
Jangan curi lagi ketenangan milik aku.

Background Changed!

Yeay!
No longer using the depressed-like background.

I need to find a all times relevant background.
Custom background?
Naah. I'm too noob to create my own.

And too lazy.

Tuesday 11 June 2013

Rasa Nak Maki

Baru buka blog setelah sekian lama menyepi.
Damn.
Bila aku tukar background macam ni? Grey. It looks a bit dull.
Or too dull.
Why did I change the background again?

*flashback*

Rasa nak maki diri sendiri.

Self-assessment : Choice of a dull colour. Could be a sign of depression or unhappy or uncomfortable. not liking the life. Most writings are just texts; lacking of pictures. It shows something. It means something. I better not write it here.

I used to have the background of  a jungle with small river/waterfall.

I guess my feelings changed.

Come to think of it, I was so tired of life when I changed that background.

Oh, I feel better now. I'm too lazy to change the background though.

Later, maybe.

Friday 7 June 2013

Bitter

I think I no longer bitter. I mean, not too bitter like several months ago.
(Or is it just my feeling?)

Whatever it is, I am on a point where I feel like I am living a dream. I feel blessed.