Monday 22 September 2014

Cerita Pasal Kahwin #2

Sebenarnya post lepas aku nak cakap pasal benda lain, tapi dah termelalut sampai satu page. Haha.

Aku kahwin dulu, jumlah jemputan 200 orang sahaja. Majlis belah aku tak ada lah grand pun tapi besar sedikit dari majlis kakak aku. Naikkan 3 khemah yang takde skirting pun - mak aku cakap membazir je. (Which was good - that saved me RM150 - additional RM50 for each tent just for a simple piece of cloth attached to the tent!)

I spent quite a lot on door gift because I can't decide what to give. (Guys, stick with bunga telur - it is much cheaper that way I think).

Majlis belah aku tak ada pelamin bagai - I really think it is a waste of money - lainlah kalau jenis buat sendiri. I find some of the self-made pelamin are super cute! (Ok, macam nak termelalut lagi).

At the end of the day, aku rasa majlis tu served its purpose - untuk menghebahkan tentang perkahwinan tersebut (at a low cost).

Some may think that it was such a simple (stingy?) ceremony but would you rather spend so much on one day and get into fights days afterwards because of financial scrutiny or would you rather spend on necessary things and just a few addditional things to prepare for the future?

On the not so bright side, I cannot invite all my friend because of the limited invites. So, janganlah cakap/tanya, "Dah kahwin? Tak jemput aku pun!,"

This goes generally - for some people, not being invited to a friend's wedding is such a big deal. Please be rational. We cannot invite every person we know, can we? We have friends from primary school, secondary school, university, part-time co-workers, officemates, etc, etc. How could we invite all of you? And maybe, we do not have as much money as people think to cover the costs. Maybe we can only afford a small ceremony.

(Or just maybe, you are not important enough. Just kidding!)


Friday 19 September 2014

Cerita Pasal Kahwin #1

Beberapa hari lepas, seorang kawan sekolej  meluahkan ketidakpuasan hatinya pasal kahwin di Facebook. Katanya, fb sekarang ni asyik keluar cerita pasal kahwin. itu bukan masalah. mula-mula best tengok kawan-kawan kahwin lepas tu rasa meluat pun ada sebab bermanja dengan suami/isteri sendiri pun post kat fb. kesian lah kat kawan2 yang belum mampu nak kahwin. (struktur ayat dan ejaan ditukar demi menjaga identiti beliau)

Cerita pasal bermanja di khalayak ramai ni aku malas nak sentuh. Aku yang dah kahwin ni pun kadang-kadang meluat tengok.

Kesianlah kat kawan-kawan yang belum mampu nak kahwin.

Nikah ni kalau mengikut Islam, mudah je. Rukun nikah ada 5 je, (SISWA)

1 Suami (pengantin lelaki)
2 Isteri (pengantin perempuan)
3 Saksi (dua orang saksi)
4 Wali
5 Akad

Wang hantaran, cincin emas bertatah permata, kek kahwin 2 tingkat, etc, etc - itu semua bukan rukun. Yang wajib pun mahar, yakni mas kahwin je pun(ni belum kira kalau jenis yang minta wang hantaran ikut kelulusan). Masalahnya dengan masyarakat kita ni, kita suka berbelanja ikut poket orang lain. Orang lain buat kat dewan, kita nak buat kahwin kat dewan. Orang lain kahwin upah jurugambar, kita nak jugak. Orang lain buat menu gah sikit, kambing golek contohnya, kita tak nak kalah. Biar lah kena tanggung hutang sehingga 10 tahun kemudian.

Kadang-kadang, pengantin nak buat majlis yang sederhana, tapi ada pulak kaum kerabat yang berbisik suruh tambah itu dan ini supaya majlis menjadi lebih besar, tak ada lah nanti orang kutuk, kan? Hakikatnya, buat majlis besar atau kecil, kalau ada yang nak mengata, orang tetap akan mengata. Mulut orang kan, mana boleh tutup.

Majlis pernikahan kakak aku, tetamu yang dijemput hanya keluarga rapat pengantin lelaki,jiran-jiran terdekat dan ahli-ahli surau (buat di surau taman perumahan kami). Kan simple. Tidak memberatkan. Tak adalah hidup seterusnya menanggung hutang kerana mimpi nak jadi raja. Raja lah sangat.

Pada aku, (put aside the responsibility after married), perkahwinan ni sesuatu yang mudah, tapi diserabutkan orang kita sendiri. Memang lah anak muda takut nak kahwin. Kos kahwin bukan calang-calang. Kan?

Thursday 18 September 2014

Of Writing

These days, I find it so hard to write. I just don't know why.

I wrote half a paragraph of things that I ended up deleting. I want to write something - or maybe change the world by writing (dream on, yea?) but something is holding me back. Or it is me who is holding myself at the corner?

I have so many things to say but it says in my heart.

Writing used to be my passion, you know?

Right now, I am just not so sure.

Thursday 4 September 2014

Pinjam

Seorang bakal ibu.
Perit tekaknya menahan loya.
Sakit pinggangnya menahan tambahan berat di perut yang semakin besar setiap bulan.
Bengkak kakinya, sakit tiada siapa tahu.
Tidur malamnya tidak seperti selalu.
Banyak pantang larang nya, usah dilanggar, pesan keluarga.

Lahirnya seorang anak.
Betapa sakitnya melahirkan, hanya seorang ibu memahami.
Bertarung dengan nyawa, tetapi hadiah yang diterima amat berharga.
Seorang anak, zuriat.

Tidak kira masa, anak menangis. Si ibu bangkit dari tidur menyusukan. Melayan keletah si kecil.
Si kecil mula merangkak, berjalan, berlari. Lidah sudah petah berbicara.
Itulah intan permata keluarga.

Si anak sudah dewasa - cantik rupanya. Bunga yang indah disunting orang. Hari ini dia seorang isteri, yang ibunya bagai tiada hak ke atasnya. Segala perlakuan harus di atas izin suami. Ya, darah dia dan ibunya masih merah yang sama, tapi dia bukan lagi milik ibunya.

Si isteri kini menjadi ibu. Perihal anaknya, dia dan suami lah yang menjadi tukang coraknya. Neneknya tidak boleh berkata apa-apa. Beri cadangan, nasihat sahaja.

Kerana segala dalam dunia adalah pinjaman. Kita tidak punya hak ke atas apa pun, termasuklah anak yang lahir di dalam rahim kita sendiri.

Lumrah alam.