Friday, 19 September 2014

Cerita Pasal Kahwin #1

Beberapa hari lepas, seorang kawan sekolej  meluahkan ketidakpuasan hatinya pasal kahwin di Facebook. Katanya, fb sekarang ni asyik keluar cerita pasal kahwin. itu bukan masalah. mula-mula best tengok kawan-kawan kahwin lepas tu rasa meluat pun ada sebab bermanja dengan suami/isteri sendiri pun post kat fb. kesian lah kat kawan2 yang belum mampu nak kahwin. (struktur ayat dan ejaan ditukar demi menjaga identiti beliau)

Cerita pasal bermanja di khalayak ramai ni aku malas nak sentuh. Aku yang dah kahwin ni pun kadang-kadang meluat tengok.

Kesianlah kat kawan-kawan yang belum mampu nak kahwin.

Nikah ni kalau mengikut Islam, mudah je. Rukun nikah ada 5 je, (SISWA)

1 Suami (pengantin lelaki)
2 Isteri (pengantin perempuan)
3 Saksi (dua orang saksi)
4 Wali
5 Akad

Wang hantaran, cincin emas bertatah permata, kek kahwin 2 tingkat, etc, etc - itu semua bukan rukun. Yang wajib pun mahar, yakni mas kahwin je pun(ni belum kira kalau jenis yang minta wang hantaran ikut kelulusan). Masalahnya dengan masyarakat kita ni, kita suka berbelanja ikut poket orang lain. Orang lain buat kat dewan, kita nak buat kahwin kat dewan. Orang lain kahwin upah jurugambar, kita nak jugak. Orang lain buat menu gah sikit, kambing golek contohnya, kita tak nak kalah. Biar lah kena tanggung hutang sehingga 10 tahun kemudian.

Kadang-kadang, pengantin nak buat majlis yang sederhana, tapi ada pulak kaum kerabat yang berbisik suruh tambah itu dan ini supaya majlis menjadi lebih besar, tak ada lah nanti orang kutuk, kan? Hakikatnya, buat majlis besar atau kecil, kalau ada yang nak mengata, orang tetap akan mengata. Mulut orang kan, mana boleh tutup.

Majlis pernikahan kakak aku, tetamu yang dijemput hanya keluarga rapat pengantin lelaki,jiran-jiran terdekat dan ahli-ahli surau (buat di surau taman perumahan kami). Kan simple. Tidak memberatkan. Tak adalah hidup seterusnya menanggung hutang kerana mimpi nak jadi raja. Raja lah sangat.

Pada aku, (put aside the responsibility after married), perkahwinan ni sesuatu yang mudah, tapi diserabutkan orang kita sendiri. Memang lah anak muda takut nak kahwin. Kos kahwin bukan calang-calang. Kan?

No comments:

Post a Comment