Friday, 28 June 2013

Tentang Ajal

Bercakap tentang ajal, banyak contoh yang boleh kita lihat hari-hari. Bukti ajal menjemput tanpa mengira usia. Bukan dah tua baru boleh mati. Bila-bila masa je, kalau dah sampai ajal, tak kira semasa tengah buat apa sekalipun, kita akan mati.

Dalam 'keluarga' kucing aku, yang masih hidup bersama kami ada dua ekor. Black dan juga Wana. Dah lama juga Wana sakit, diserang virus, mungkin. Badannya luka-luka dan merebak tanpa tanda-tanda mahu sembuh. Disebabkan kekangan kewangan, kami tak bawa dia jumpa veterinar. Kami cuma membeli ubat-ubat luka yang diharap mampu membantu merawat Wana.

Suatu hari, adik aku memjumpai Black - mati. Sedih gila. Black tak ada apa-apa tanda sakit pun, tiba-tiba 'pergi'. Cuma dia agak senyap beberapa hari sebelum. Mak cakap, dia demam. Tapi tak teruk pun. Mungkin sudah tiba 'masa' dia, dia dijemput pergi.

Sungguh tak disangka. Ingatkan Wana yang akan mati dulu sebab dia sakit teruk. Tak lama lepas Black mati, Wana mula menampakkan tanda-tanda mahu sembuh. Ubat yang mak beli atas saranan kakak ipar aku membuahkan hasil. Luka-luka semakin tertutup. Aku baru je bermain-main dengan Wana, cakap dengan dia, cepat-cepat sembuh. Dia pun dah pandai bermanja-manja dengan suami aku. Pelik juga, suami yang jarang bermain-main dengan kucing sibuk membelai Wana waktu kami singgah ke rumah mak. Tahu-tahu, keesokan harinya, Wana mati dilanggar kereta jiran.

Mak telefon aku sambil menangis-nangis. Butir bicara dia tak jelas sebab bercakap sambil menangis. Kata mak, Wana mati kena langgar. Sedih betul. Padahal, Wana jarang keluar rumah. Kalau keluar pun, tak lama, dia akan balik semula.

Bila difikirkan semula, dah sampai ajal dia. Cuma terkilan sebab dia dah semakin sihat, ingatkan dia akan lama lagi dengan famili.

Tak boleh diduga langsung perihal kematian ni. Ingatkan sihat walafiat, lama lagi di dunia. Dalam sekelip mata boleh dibawa pergi. 

*sigh.

Harap-harap kematian aku dan seluruh isi keluarga akan pergi dengan husnul khatimah.

Notaantaraaksara : Sebenarnya aku rindu kat Wana. Hmmm~

No comments:

Post a Comment