Friday, 15 February 2013

Kemungkaran Depan Mata

Pesan ustaz yang merupakan petikan hadis sahih Riwayat Muslim, (paraphrased)
Kalau nampak kemungkaran di depan mata, maka cegahlah dengan tangan.
Kalau tak mampu, tegah dengan lidah (bermaksud: tegur),
Dan kalau tak mampu juga, tegahlah dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman.

Persoalan ini aku utarakan kepada seorang ustaz itu hari.
Pesan dia sama.
Dan tambah dia lagi, doakan lah untuk yang berkenaan semoga diberikan hidayah oleh Allah.

Hmmmmmmmmmmm.
*fikir panjang.

Setakat ini,
kebanyakan kemungkaran yang berlaku depan mata aku,
aku hanya boleh lawan dengan selemah-lemah iman.

Aku patut malu dengan Tuhan.

No comments:

Post a Comment