Since when PMS (Pre-Menstrual Syndome) switched to Post-Mentrual Syndrome.
Kali ini aku tidak boleh salahkan hormon yang bergelora.
Kali ini, hati yang sakit tak boleh aku salahkan mana-mana jiwa.
Maka,
Hari ini,
Aku mahu berpergian.
Jauh ke selatan Malaysia.
Mungkin aku perlu campakkan duka ini ke lautan sana.
Biar duka sampai ke Singapura.
Dan tidak kembali pada hati.
Nian di hati entah bila bakal sembuhnya.
Bukan aku mahu larikan diri.
Tetapi perasaan minta ruang sendiri.
Sudut hati aku yang lain,
Aku cukup kasihan dengan dia yang sedaya upaya dia cuba gembirakan hati aku yang lukanya ditoreh orang lain.
Beri aku masa.
Parut yang berkali-kali dilukakan,
Semakin lama, semakin sukar sembuhnya.
Izinkan aku,
Bawa diri yang lara.
Ke negeri yang sama,
Abah bawa diri ketika lara dia.
Izinkan aku,
Tenangkan jiwa.
Dan cuba semai kemaafan walau ungkapnya lebih mudah dari buatnya.
Izinkan aku,
Ah, aku tetap akan berpergian juga.
Harap aku,
Izin akan diberi,
Supaya aku tidak perlu bergaduh demi capai izin aku,
Supaya aku tak perlu tambah garam pada luka itu.
No comments:
Post a Comment