.
,
?
!
""
Banyak sangat tanda baca kalau nak list kat sini. (Banyaklah sangat! Haha)
Dulu ayah selalu marah pasal tanda baca. Bukan sebab salah letak tanda baca, tapi etika menulis dengan tanda baca.
Contohnya,
lepas tanda noktah (.) atau koma (,), sila wujudkan sedikit ruang kosong (atau kalau menaip sila space).
Selalu kena marah sebab lepas titik (.) terus sambung ayat seterusnya tanpa tinggalkan ruang. Lepas tu dah jadi habit untuk menulis dengan etika yang betul.
Sebelum titik (.) tak payah space, lepas titik (.) baru space.
Sekarang, aku menyampah dengan manusia yang tak reti menulis dengan beretika ni. lagi-lagi jenis yang tak reti pakai space. Lepas titik langsung tak ada space. Sakit mata tengok.
Last-last, aku biarkan je.
Lantaklah.
Dulu sekolah cikgu dah ajar.
Tak nak ikut, sudah.
Tapi sebenarnya yang paling sakit mata tengok adalah dua jenis manusia ni:
1. Yang suka menulis selang seli huruf besar dan kecik. TaK PeNaT Ke HoI TuLis MacAm Ni?
2. Yang mengeja acah-acah sweet/comel/manja. Awaq naq pergi mana teww? Aq wase naq lempunk cow deq!
Tolonglah kembali ke pangkal jalan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment