Wednesday, 21 November 2012

Kalam Rahsia

17 December 2008 0244H

Sememangnya benar bahawa kita hanya sedar akan
kesilapan yang dilakukan untuk seketika cuma.
Lumrahnya, manusia yang sering melakukan kesilapan
akan cenderung terus-menerus melakukannya.
Demikian bila disedari bahawa kesilapan itu mengecewakan
diri dan orang lain, keinsafan akan menjadi suatu perasaan yang menusuk - tajam.
Dan bila yang disedari telah pun berlalu bersama angin semalam,
esoknya kan tetap sama seperti hari-hari sebelumnya.
Bagaikan ia tiada pernah singgah untuk membangkit satu sesalan.

"Aduhai kesalan,
bolehkah lega dengan doa.
Lupakanlah nama-nama, lupakanlah semuanya
kesilapan termakan pujuk rayumu.

Aduhai sesalan,
bolehkah berbaloi dengan hikmah.
Sedang ia sudah sebati,
sedang ia sudah menjadi sebahagian dari kamus kenangan.

Kesalan dan sesalan.

No comments:

Post a Comment