Terkadang aku terfikir,
Betapa kuat Tuhan ciptakan hati seorang ibu.
Tatkala anak itu lancang mulut anak itu menghambur perasaan hati,
walau pasti guris luka di hati ibu,
Ibu mampu diam dan tahan segala.
Terima segala.
Tatkala anak meminta sesuatu sedangkan sendiri terkapai-kapai menanti masuknya wang saku akhir bulan,
Lalu diusahanya juga penuhi segala pinta.
Kerana dia seorang ibu.
Dan kerana dia punya anak.
Tatkala besar anak,
Sehingga usianya sudah mampu punyai anak sendiri,
Masih berat membantu ringankan beban ibu.
Ibu tahan segala.
Masih tanggungjawab aku.
Hati seorang ibu - entah. Selalu aku kagum.
Walau anak sebagaimana tingkahnya,
Walau setara binatang mana sumpah seranah anak terhadapnya,
Sayang ibu masih tidak lupus.
Masih tidak pudar.
Dan masih setia membantu.
Masih fikir yang baik-baik.
Masih terima dengan hati terbuka walau di dalam penuh luka.
Saban waktu tidak berlekang dengan doa.
Besar harapan aku, aku juga bakal jadi ibu yang sabar sebegini.
Kerana aku tidak sanggup juga,
Jika hasil dari benih aku, tunduk pada kejam dunia.
No comments:
Post a Comment