Takut untuk bercinta lagi.
Takut jika dikecewakan. Lagi.
Baik dikecewa lelaki,
Atau dikecewa diri sendiri.
Kerana semalam hampir hancurkan aku.
Tapi dalam separa kehancuran itu,
Hadir dia.
Dia yang sentiasa berusaha menggembirakan aku.
Irama melankolia dia gubah jadi irama bahagia.
Dalam semalam yang hampir hancurkan aku,
Ada wajah yang buat aku takut.
Takut hati aku hancur lagi.
Takut dunia tidak benarkan aku bermimpi lagi.
Hentakan realiti paling dalam.
Itu semalam.
Tapi,
Semua yang berlaku,
Walau dalam mana,
Kejam mana,
Sakit mana,
Pedih mana sekalipun,
Hati ini tidak dapat berhenti dari seru nama dia.
Tidak dapat berhenti dari terus mencintai dia.
Lebih dalam lagi bahkan.
Notaantaraaksara : Kata orang, jangan buat keputusan ketika marah, jangan berjanji ketika gembira, tapi mungkin aku patut berhenti menulis ketika rindu. Mungkin.
No comments:
Post a Comment