Lompat.
Dari satu blog ke blog yang lain.
Cubaan mencari blog menarik yang masih aktif.
Terlampau ramai yang sudah pasif.
Sudah terjumpa medium lain, mungkin.
Diri berbisik - twitter.
Di zaman kegemilangan Facebook, blog-blog masih gagah dan utuh.
Musuh yang satu ini - twitter - micro-blogging katanya.
Tetapi yang micro ini menyuntik racun yang melumpuhkan makro.
Sudut hati aku timbul rasa kecewa.
Seperti hari-hari sebelum ini sewaktu aku melompat-lompat.
Bahasa urbannya, blogwalking.
Seperti biasa,
Aku malas tinggalkan jejak jika tidak perlu.
Senyap-senyap sahaja melintas.
No comments:
Post a Comment