Thursday, 30 August 2012

Yang Benar

Sebenarnya dalam hati aku masih ada marah.
Lebih kepada kecewa sebenarnya.

Minda bertanya,
Kenapa?
Ah, soalan yang bermula dengan kenapa ini selalu buat buntu.
Seolah tak tercapai akal fikiran.

Jujur kata,
Luka yang kali ini cukup dalam.

Buat pemilik bilah tajam berbisa ini,
Kali ini aku tak mampu memaafkan.
Kali ini aku tersungkur di pintu dendam.
Melutut di depan neraca dunia.

Dan bila aku bertemu kau di alam nyata,
Entah apa yang akan berlaku.

Kerana di alam fantasi aku,
Kau sudah begitu banyak kali aku bunuh.
Kau sudah aku seksa dengan pelbagai cara.

Betapa bodohnya aku mengharapkan kau faham.
Apatah lagi dengan rentak tarian aksara gila minda aku,
Tak mungkin kau akan faham.

Kerana kau cuma anak kecil tak tidak rela besar.
Dan persis anak kecil juga,
Kau minta semua.
Tapi aku bukan kau punya bonda.

Kau berada di gunung sana.
Aku di lembah.
Tak mungkin kau hancurkan diri untuk tunduk bersama redah dunia.
Tak mengapa.
Aku sudah tidak kisah lagi.
Tapi hati tetap luka bila gunung dipandang.
Tapi hati tetap berdarah kala gunung disebut.
Kerana suatu masa dahulu,
Gunung itu aku yang bantu suburkan.

Kecewa yang hebat melanda diri ini adalah akibat salah percaya.
Kecewa yang meruntun jiwa ini akibat jujur tanpa selindung.

Di balik segala,
Aku temu kuda putih.
Halus bulunya, manja apabila aku belai wajahnya.
Ekornya yang cantik sekali sekala memukul aku manja.
Dan kuda itu,
Acapkali buat senyum terukir di bibir.
Kerana kuda itu memacu ke jalan indah penuh bahagia,
Dan aku menunggang di atasnya.

No comments:

Post a Comment