Friday, 24 August 2012

Terluka


Tarian aksara tergendala sedikit apabila jari berdarah ditoreh bilah tajam.
Terasa sukar menaip menggunakan anggota yang tdak sempurna sihatnya.

Tarian aku sebagai penari di atas pentas dunia ini akan jadi seperti apakah apabila hati yang menjadi penggerak ditusuk duri berbisa penuh racun dusta?

Darah mengalir keluar dari belahan jari yang sebelumnya bercantum tanpa cela.
Dibasuh dengan air, plaster jadi pengganti.
Namun, walau setelah sembuh, masih takkan mungkin jadi seperti yang dahulu.

Tersungkur. Terjelopok.
Tarian penuh cela tetap diteruskan walau tanpa muzik.
Muzik itu hati mereka akan nyanyikan.
Ada yang berentak gembira, ada yang berentak sedih.
Ada yang penuh suka, ada juga penuh benci.

Namun cerita dan perasaan sebenar harus ditanya tanpa prejudis pada penari.
Sehodoh mana pun tarian hidup dia.

Notaantaraaksara : Entri yang ditulis selepas jari terluka kena pisau. Ok. Tamat melacur perhatian di sini.

No comments:

Post a Comment