Baju hitam, seluar hitam, brief hitam - menawan bukan? Kahkahkah.
Tapi kulit hitam?
Gambar2 credit ke Google |
"Jadi bodoh tak apa, tapi Khalid tu dah lah hitam, bodoh pulak tu!," - seseorang, 2012.
Memang pecah gelak juga dengar statement macam tu, tapi seorang teman aku pernah berkata, Malaysia negara yang racist dan menurut pandangan aku, ada benarnya walaupun sifat perkauman itu tak seteruk mana (or not too visible).
Entah. Aku cukup tak gemar manusia yang suka memandang - dan menilai dari rupa, apatah lagi menilai dari warna kulit. Muka x leh blah. Kadang-kadang, ya, benda ni boleh jadi topik humor. Dan selalu juga, ketika bersama teman-teman rapat, itu juga yang jadi bahan gelak-tawa. Tapi itu antara teman - yang mana mereka sedia maklum, masing-masing hanya bergurau dan di kala susah, masing-masing akan hulur tangan.
Tapi apabila dengan sekilas pandang sudah nampak isi hati orang (kononnya) aku rasa cukup jaki. Bukan mereka pinta lahir sebegitu. Bukan ada borang yang patut roh isi sebelum ditiupkan dalam jasad. Mahu agama apa, mahu bangsa apa, kulit jenis bagaimana.
Mungkin aku yang bermimpi - mahu semua orang memahami (atau sekurang-kurangnya cuba untuk faham).
Cukup mudah menilai, namun harus diingat, tidak semua yang indah pada rupa indah sifatnya, dan bukan yang buruk pada rupa, mulia peribadinya.
Dan harus juga tahu, kecantikan fizikal, baik lelaki mahupun perempuan boleh memberikan 'halo effect' yang membuatkan orang lebih mempercayai dan merasakan mereka lebih pandai dan berbakat.
Akhir sekali, harus lekatkan dalam otak, kita tidak sentiasa betul.
No comments:
Post a Comment