Tuesday, 30 October 2012

Sabar

Dapat idea menulis dari entri Belajar Bersabar.

Sabar itu sakit,
Tapi indah.

Pernah rasa simpan segala amarah kerana sayang?
Pernah rasa genggam tangan tahan tohmah?
Pernah rasa gigit bibir hadap segala fitnah?

Sabar itu sakit,
Tapi indah.

Manis kau rasa,
Bila kau sedar, kau tak musnahkan sebuah hubungan atas dasar marah.
Atas dasar kau tak mampu kawal kata-kata sendiri.

Manis kau rasa,
Bila kau sedar, mereka semua hanya boneka yang pandai berkata-kata.
Tapi kata-kata mereka tidak punya kesan pada hidup kau.

Manis kau rasa,
Bila kau sedar, akhirnya siapa teman kau yang sebenar.
Yang mencari kebenaran dari mulut kau sendiri dan bukan tutur bicara manusia yang hanya dengar-dengar.

Sabar itu sakit,
Tapi indah.

Dan dalam sabar,
Banyak peluang kau cipta esok yang lebih indah.

No comments:

Post a Comment