Contoh,
Harga di menu RM 5.00, tapi bila ke kaunter pembayaran,
jumlah sudah naik ke RM 6.00.
Ya, betul.
Hanya beza seringgit dua.
Hanya beza lima puluh sen.
Apalah sangat.
Mungkin seseorang perlu ketuk kepala kau dan kata,
"Daun pokok-pokok diluar sana, letak bawah bantal sehari dua akan bertukar jadi duit,"
Boleh?
Nilai duit pada setiap orang tak sama walaupun not itu sama.
Itu kamu harus faham.
Beri wang satu ringgit pada seorang yang kaya-raya, mungkin dia hanya tutup mata - just keep it.
Tapi beri wang satu ringgit pada anak kecil yang kelaparan, apa tidak mungkin dia senyum lebar dan ucap terima kasih tanpa henti? Dan apa tidak mungkin, dia doakan kamu berkali-kali?
Cukup tidak suka ke kedai yang tidak pandai kemas kini menu.
Kamu tidak tahu,
Berapa banyak not yang ada dalam dompet pelanggan yang datang.
Maunya dia sudah kira jumlah yang mampu dia makan, contohnya,
Nasi + Lauk Ayam + Air = RM1.50 + RM 5.00 + RM1.50 = RM 8.00,
Dan duit yang dia ada hanya cukup-cukup sahaja,
Tetapi tiba di kaunter bayaran,
Nasi + Lauk Ayam + Air = RM1.50 + RM 6.50 + RM2.00 = RM 10.00.
Apabila ditanya, mudah jawabnya, "harga dah naik,"
Lalu apabila tak mampu bayar,
Apakah 'dia' harus mengemis?
Atau muntahkan kembali segala yang sudah di makan?
Kamu tak mampu bayar malu yang tertimpa atas dia.
adalah rare kalau dapat jumpa kedai makan yg masih mengekalkan harga rm 5 untuk sepinggan nasi, seketul ayam, dan segelas teh o ais.
ReplyDeleteand it is hard to keep a dollar, the way this world runs today.
Yes, that's true.
DeleteThat's the inevitable.
Tapi kalau harga dah naik, the least you can do is inform us customers.
We deserve that much, at least.