Thursday 18 October 2012

Melankolik

Bicara bohong apa yang mahu disajikan
tarian jari-jemari di atas papan kekunci itu?

Laju sahaja menekan wajah senyum.
Padahal hati dalam galau,
kolam pecah air mata belum diseka.
Irama melankolia berdentum-dentam
diiringi derap rentak latar rintik hujan.

No comments:

Post a Comment