Apabila seseorang yang kau dah anggap teman rapat mengaku dirinya agnostik dan letak pula di bio media sosial, aku tidak dapat tidak melarikan diri daripada merasa sedih.
Bukan aku menghina, bukan aku menghukum.
Aku rasa semua sudah cukup besar, sudah cukup dewasa untuk buat keputusan sendiri.
Tapi iyalah, hari itu aku cukup terkejut dengan status bio yang baru kau tukar (atau baru aku perasan).
Kau tetap kawan aku, walau apapun pegangan kau.
Cuba ada rasa sedikit sedih.
Aku harap Tuhan beri hidayah buat kau, untuk melihat jauh ke dasar, dan bukan hanya sekadar di permukaan.
Kau seorang manusia yang bijak, aku pandang tinggi kau.
Aku terlalu banyak yang kurangnya untuk membimbing kau, jadi aku harap Tuhan akan turunkan seseorang untuk tunjukkan kau jalan yang sebenarnya semula.
Jika ditakdirkan untuk kau - ini pegangan kau sehingga tamat nafas, aku hanya mampu berdoa.
Kerana walau apa pun, segala kata, sokongan dan bantuan kau masih ada dalam memori aku.
Masakan kita mampu memadam peristiwa lalu.
Mungkin kau masih muda.
Aku juga pernah muda.
Aku juga banyak cacat celanya.
Jadi aku tidak mahu menghina keputusan kau.
Caci maki - jika aku hadiahkan sekalipun, tidak akan bawa apa makna, melainkan menambah jurang.
Lagi pula, bukan itu cara aku.
Hadiah terbaik yang boleh aku beri - doa.
Semoga Allah tunjuk kau jalan yang benar.
Kerana sebagai seorang teman, aku sayang pada kau.
Notaantaraaksara : Harap tunang saya tidak marahkan saya sebab saya tulis saya sayangkan orang lain. Saudara, saudara tahu bukan saudara sememangnya tunang yang amat saya sayang? Sayang saya pada dia, cuma terbatas pada teman. Usah cemburu ya?
No comments:
Post a Comment