Wednesday, 5 September 2012

Satira

Di balik kata, dia sembunyi.
Makna sebenar tidak boleh terlalu jelas.
Kadangkala dia tunjukkan diri.
Kadangkala orang berbunuhan kerananya.

Indah susun aksara,
Kadangkala tidak terasa pedas walau cili di dalam mulutnya.

Indah susun aksara,
Kadangkala tak nampak duri walau hampir benar dengan kulit.

Satira paling indah adalah yang nampak tidak berbahaya, tapi hujungnya tajam runcing menusuk daging merah yang membawa akhir yang satu sahaja - mati.

No comments:

Post a Comment