Sejauh mana pun mahu lari dan pergi,
Khilaf tetap akan kejar sepenuh hati.
Khilaf tak salah, tapi tidak mahu belajar dari silap, itu bodoh.
Dan kebodohan itu acapkali jadi bahan tawa mereka yang pandai (dan perasan pandai)
Tidak.
Kamu tidak perlu tanggalkan semua kain perca yang salut diri kamu untuk kelihatan cantik.
Dan kalau pun kamu pelacur perhatian,
Usah tarik perhatian dengan cara sebegini.
Usah ikut pemakaian persis seorang model; sudah kerjayanya begitu.
Kamu?
Apa yang kamu dapat dengan tunjuk seluruh susuk diri?
Caci maki. Bisik belakang diri.
Oh, kamu dapat teman yang pandai menghargai.
Apa kamu yakin dia menghargai diri kamu atau dia menghargai susuk tubuh indah kamu yang mungkin lebih mudah dia sentuh?
Ah, terpulang kamu. Hidup kamu, bukan?
Setiap kali mahu menegur, mudah saja kau bicarakan,
"Ini hidup aku, kubur masing-masing, kau sibuk kenapa?,"
Alangkah bagusnya kalau di saat putus nafas kamu, kubur kamu terkorek dengan sendirinya, kain kafan kamu dengan mistiknya mencari tubuh kamu untuk dibalut secara automatik, mayat kamu dengan mudah masuk ke dalam kuburan dan tanah terhambus kembali dengan sendiri. Mudah.
Tetapi kau juga perlu bantuan yang punya nafas, bukan?
Tidak mengapalah.
Terpulang kamu.
Sudah punya akal, sudah pandai berfikir sendiri.
Muda hanya sekali kata orang, tapi jangan masa tua kamu penuhi dengan kesal.
Bagi aku,
Tidak perlu tayang segala-gala kerana dambakan cinta.
Usah tayang semua kerana perhatian juga.
Jika mereka mahu, Internet ada segala.
Jangan nanti ada gambar kamu pula dimuat naik entah syaitan bertopengkan manusia dari entah mana-mana.
Untuk kelihatan cantik, tidak semestinya tanpa seurat benang.
Notaantaraaksara : Ah, pandailah kamu fikir sendiri.
Aku cuma pandai menari dengan aksara aku.
No comments:
Post a Comment