Gambar dicuri dari Google. Credit to Google! |
Dalam perancangan membina mahligai bahagia, jangan duniawi sahaja dicari.
Suatu ketika dahulu, pernah seseorang berkata kepada aku, entah siapa gerangan pemberi nasihat, aku sudah lupa tetapi kata-katanya masih dalam kotak memori.
Bukan mudah menjadi seorang lelaki.
Dan bukan mudah juga menjadi seorang suami.
Harus memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
Ramai yang silap,
Nafkah batin itu bukannya senggama.
Bersetubuh dengan isteri, itu termasuk dalam nafkah zahir.
Nafkah batin adalah pelajaran rohani, atau dalam bahasa mudahnya, pendidikan agama.
Tugas seorang suami membimbing isterinya (kemudian anak-anaknya).
Tugas berat suami - membimbing isterinya ke jalan Allah.
Dan itu adalah cabaran terbesar dalam membina keluarga.
Dan sebagai bakal isteri dan sebahagian dari keluarga yang ingin dibina,
Fiance, please take note and read this as one of the preparation.
*puppy eyes.
No comments:
Post a Comment