Dahulu,
Aku pernah follow blog orang yang tidak dikenali,
Kemudian tidak berpuas hati dengan kata-kata dia.
Kemudian aku langsung tak baca blog dia.
Mungkin genre penulisan di tak kena dengan aku.
Tapi aku biarkan dia tercanak dalam blog following list aku.
Dia rajin up entri baru - penuh provokasi kesemuanya.
Tapi aku tak unfollow, jaga hati kononnya.
Kini,
Pergi mampus siapa kau.
Aku rasa tulisan kau seronok/kelakar/menarik/infomatif/penuh tanda tanya,
Aku follow DAN BACA.
Kalau kadang-kadang seronok, mungkin aku kekalkan juga.
Kalau tidak, ah, malas aku nak penuhkan dashboard aku.
Berkawan tak mewajibkan follow blog kawan-kawan.
Kalau yang tulisnya penuh repek, atau tulisan serupa kanak-kanak yang baru nak kenal tadika,
Tambah pula dengan warna-warni seolah pelangi hanya nampak di mata dia,
Malas aku nak follow.
Dan mereka juga tak perlu peduli.
Kalau mereka peduli,
Mungkin mereka perlu mula kira,
Berapa banyak duit follower mereka pernah bagi mereka.
Jika ada yang follow aku, baca penulisan aku, kemudian bertukar fikiran,
Tidak mahu lagi baca tulisan aku,
Aku mohon, tak perlu jaga hati aku dan sila unfollow.
Dashboard anda itu tak perlu ada sampah di dalamnya.
Sama seperti dashboard aku.
Notaantaraaksara : Entri rawak entah apa-apa.
No comments:
Post a Comment