Thursday, 6 September 2012

Aku Maki Sebab Kau Salah Dan Aku Betul!

Kau beri pendapat yang bercanggah dengan agama.
Apa semua ni?
Kau tak belajar agama ke?
Jadi aku maki.
Aku keluarkan kata-kata kesat dari yang paling kampung sampailah kata-kata kesat paling urban.
Tak lupa juga kata-kata kesat bahasa Inggeris untuk impak lebih.
Dan sebutan genitalia lelaki dan perempuan adalah wajib!

Sorry to say, usually these 'aku' are Muslims. What a sad thing.

Selalu benar aku rasa mahu gelak kepada manusia yang seperti 'aku' di atas.
Cerita pum pang pum pang pasal agama. Keluarkan hadith, petikan dari Al-Quran. Tapi maki orang pegangan goyah/tak sama.
Izinkan aku bertanya, itukah yang diajar oleh Islam kau?
Sebab Islam yang diajarkan kepada aku berbeza.

Antara Islam yang diajarkan pada aku :
Berhikmah.
Tegur-menegur boleh, tak ada masalah langsung. Apalah salahnya menegur untuk mengajak kepada kebaikan? Membanteras gejala sosial, contohnya, boleh. Tak ada masalah. Tapi sayang, teman-teman semua, adik-adik, sebelum menasihati, diri sendiri kena neutral. Diri sendiri tak boleh emosi. Tak boleh ikut rasa marah sebab seseorang menjatuhkan agama kita (contohnya). Kalau maki dibalas maki, dapat apa?
Yang makin tinggi adalah marah, benci dan EGO.
Aku rasa aku betul, kau rasa kau betul.
Bila nak sudahnya?
Sebab tu namanya NASIHAT. Bukan paksa ikut.
Kalau niat nak nasihat, nak betulkan pegangan agama orang kononnya tapi sendiri guna caci maki, apa cerita?
Ya betul, tiada manusia yang sempurna.
Tapi kita mampu kawal tingkah laku kita.

Mana orang nak nampak indahnya Islam kalau awal-awal lagi kita caci maki orang yang maki Islam?

Lakum diinukum waliyadin - Untuk kamu, agamamu dan untukku, agamaku.

Bukan nak kata, pergi mampuslah kau nak anut agama apa sekalipun. Bukan.
Tapi andai kata dah berdakwah tapi orang tu PILIH untuk kekal dengan agamanya, biarkanlah.
Itu hak dia.
Kita tak boleh paksa dia anut agama yang sama.

Apa yang kita boleh buat,
Tunjukkan contoh yang baik.
InsyaAllah, kalau betul cara, Allah akan beri hidayah untuk dia supaya terima Islam.

Dia anut agama itu kerana hidup dia.
Cuba kau bayang.
Kenapa kau Islam?
Sebab ibubapa kau Islam.
Takkan ibu bapa Islam nak besarkan anak ikut ajaran agama Hindu pulak? (contoh)
Kalau seseorang itu beragama Buddha (contohnya) sebab ibu bapa dia Buddha, kau kena hina dia? Maki dia? Macam tu?
Kalau seseorang itu atheist atau agnostik, pun salah kan dia?
Pun maki dia dan kalau boleh bunuh dia?

Tidaklah aku bermaksud kita tak boleh pertahankan agama sendiri,
tapi biarlah kena caranya.
Orang baling api, lagi nak balas dengan api.
Last-last dua-dua pun terbakar.

Kan Islam ajar kita supaya bersabar.
Tunjukkan teladan, bukan setakat cakap je.
Cakap memang senang.
Budak umur setahun dua pun ada yang pandai bercakap.
Tapi takat cakap je lah.

Usah rasa kau betul sangat.
Cuba rendahkan ego tu sikit.

Aku cukup tak berkenan dengan cara berdakwah (kononnya) yang macam ni. Benda macam ni la yang buat orang jelek dengan Islam. Ya, bukan semua perangai macam ni tapi pernah dengar peribahasa " kerana nila setitik rosak susu sebelanga" ? Kebanyakan orang yang aku jumpa juga tak suka dengan mereka ni, walaupun orang yang aku jumpa itu Islam.

Notaantaraaksara : Aku juga manusia, yang punya khilaf, jika aku salah, tolong betulkan.

No comments:

Post a Comment